
2. Kualiti
Beg kulit mempunyai kualiti gred yang tinggi kerana penghasilan beg kulit mengambil masa yang agak lama dan kebanyakan beg kulit dijahit menggunakan tangan (handmade) dan sentiasa mengekalkan imej yang baik di pasaran. Kualiti beg kulit yang baik akan memberikan kepuasan kepada pelanggan dan ini dapat menjadi salah satu faktor kepada perubahan orang ramai untuk menggunakan beg kulit. Corak dan saiz akan diperiksa dengan teliti kerana ianya akan melibatkan penggunaan kualiti kulit tulen sepenuhnya.
3. Tahan Lama
Tahan lama merupakan salah satu ciri yang dicari untuk setiap beg tangan kerana beg yang mudah rosak dan reput akan mengakibatkan pelanggan merasa rugi untuk membelinya. Beg kulit adalah beg yang mempunyai ciri tahan lama dan dapat menarik minat pengguna untuk menggunakan dan membeli beg kulit. Beg kulit dapat digunakan dalam jangka hayat yang panjang kerana ianya tidak mudah rosak dan reput.