Untuk mengenalpasti beg kulit dan beg bukan kulit (pu leather) disini kami kongsikan 4 TIPS YANG PERLU TAHU UNTUK MEMBUAT MEMBEZAKAN BEG KULIT DAN BEG BUKAN KULIT.
KETAHANAN API
Beg kulit adalah bahan semulajadi sangat sukar untuk terbakar. Sebagai ujikaji untuk pembuktian kulit asli, ambil sample kulit dan cuba bakar kulit tersebut. Beg kulit tidak mudah terbakar. Berbanding dengan beg bukan kulit (PU leather), bahan ini sangat mudah terbakar dan apabila dibakar, ia akan mengeluarkan bau seakan akan getah yang terbakar dan meninggalkan kesan seperti hitam pada permukaan beg.
TEXTURE KULIT
Beg Kulit mempunyai texture yang TIDAK SERAGAM. Sebagai contoh pada permukaan beg kulit terdapat pori2 yang menunjukkan perbezaan beg kulit dan beg bukan kulit (PU leather). Kulit haiwan terhasil secara semulajadi dan tidak sama pada semua bahagian. Sesetengah bahagian kulit asli adalah lebih gelap atau terang berbanding bahagian yang lain. Begitu juga kelembutan kulit. Inilah kelebihan dan keunikan dari setiap beg kulit. Beg bukan kulit (PU leather) mempunyai texture yang seragam, licin dan sekata pada semua bahagian kerana ianya dihasilkan melalui teknologi mesin dan percampuran bahan kimia.
BAU KULIT
Beg kulit akan mengeluarkan bau kulit asli mengikut jenis kulit yang digunakan berbanding beg bukan kulit PU leather). Beg bukan kulit akan menghasilkan bau kimia atau seakan bau cat kerana bahan bahan kimia ini tidak dapat menyerap ke dalam beg bukan kulit. Lebin teruk lagi, ia kadang kadang boleh menggeluarkan bau dari bahan getah.
HARGA
Sebagaimana sedia maklum, harga beg kulit lebih mahal dari beg bukan kulit ( PU leather). Ini kerana kualitinya yang sangat jauh lebih baik dari beg bukan kulit. Ketahanan kulit asli yang lebih lama serta permukaan kulit yang lebih lembut dengan teksturenya yang sangat cantik Selain itu juga, kulit asli terhasil secara semulajadi dan perlu menunggu masa yang lama untuk dihasilkan berbanding beg bukan kulit (PU leather) yang mudah di hasilkan dari bahan campuran kimia dengan menggunakan teknologi.
Kesemua beg dari ADRANI yang dihasilkan menggunakan kulit lembu 100% asli bagi menjamin mutu kualitinya yang lebih tahan lama. Bagi mendapatkan kepuasan terjamin, milikilah beg tangan ADRANI yang kerana ianya bukan sahaja “alah membeli menang memakai” tetapi juga mampu memberikan kelainan, eksklusif dan bergaya kepada pemakaian individu.
Leave a comment